28 Disember 2010

Permohonan Baru Kursus Pendek

ePSH
Makluman kepada semua pelawat,
Bermula dari 1 Januari 2011, semua permohonan kursus pendek di Kolej Komuniti Tasek Gelugor hendaklah dibuat secara online melalui laman web Bahagian Pengambilan Kursus Pendek Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Kursus yang ditawarkan adalah mengikut Takwim Kursus Pendek Kolej Komuniti Tasek Gelugor yang telah didaftarkan di dalam laman web tersebut.
Borang Permohonan Kursus Pendek boleh di dapati di sini. Anda akan dihubungi apabila kursus akan dijalankan.

21 Oktober 2010

Majlis Pelancaran Program Modular Separuh Masa

Kolej Komuniti Tasek Gelugor akan mengadakan pameran di Majlis Pelancaran Program Modular Separuh Masa yang akan diadakan pada 24 Oktober 2010 (Ahad) bertempat di Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra.
Kami mengalu-alukan kedatangan anda.

Takwin Kursus Pendek Baru

Kami telah menambah Kursus Asas Laman Blog ke dalam Takwin Kursus Pendek. Kursus ini bermula pada bulan November 2010. Sila dapatkannya pada bahagian Muat Turun.


18 Ogos 2010

Kursus Pendek Penulisan Kreatif

Kursus ini adalah berbentuk kelas tutorial di mana anda akan diberi panduan serta dibantu bagi menghasilkan novel yang bermutu.

Kordinator :
  1. Puan Fatimah Bt Hj Saidin (Penulis novel dari Dewan Bahasa Dan Pustaka)
  2. Puan Nurulshamshi Bt Saidin (Penulis Novel dari Galeri Ilmu Sdn Bhd)
Yuran : RM 50.
Tarikh : 2, 9, 16, 23 dan 30 Oktober 2010
Tempat : Makmal Komputer Kolej Komuniti Tasek Gelugor

Karya-karya yang terbaik akan dipertimbangkan untuk dibukukan di bawah syarikat GALERI ILMU SDN BHD.

Sila buat tempahan dengan mendaftar di kaunter Kolej Komuniti Tasek Gelugor.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Fatimah Bt Hj Saidin di 016-4629341

Salam Ramadan

Salam Ramadan untuk semua.

Selamat Datang ke Blog Kursus Pendek Kolej Komuniti Tasek Gelugor